Friday 16 August 2013

Penyakit malas nak update blog

Anak Bujang yang seorang selalu memeningkan kepala ibunya. Inilah dugaan ku yang perlu ku tempuhi, mungkin kemahuan ku untuk menjadikan dia seorang hafiz Al quran tidak tercapai. Dua jiwa yang berlainan citrasa dan kehendak apabila bertembung menyebabkan tidak sehaluan. Hanya mampu ku berdoa yang terbaik untuk anakku ini.

Seorang ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Biarpun hati ini sering disakiti tetapi doa dan harapan sentiasa mengiringi kehidupan mu wahai anak.


Saturday 20 April 2013



Cantik tak abaya-abaya yang saya upload kan, bagi sesiapa yang berminat untuk memakai abaya yang cantik dan elegan ini cuba layari dan like facebook saya Jubah Pakaian terkini.

Abaya yang dijual semuanya di import dari Timur Tengah dan kainnya bermutu tinggi. Harganya mungkin mahal sikit tapi pasti berpuas hati dengan design dan kualiti kainnya.

Jangan lupa layari facebook saya untuk melihat lebih banyak lagi abaya dan jubah yang terkini.

Saturday 13 April 2013


Menu untuk petang ni roti jala sebab kebetulan hari ini masak kuah kari jadi hanya buat roti jala sahaja.

Kebetulan anak perempuanku Aisyah beriya-iya sangat nak belajar buat roti jala bukan apa dia seronok sangat tengok cara menjala roti jala maka kerja pun makin mudah sebab ada pembantu chef.

Sebenarnya anak-anak perempuan kita sebagai ibu perlulah mengajar anak-anak ini suka dan rajin ke dapur bukan asyik terperap dalam bilik....asyiklah menghadap novel, handphone dan laptop...tak adalah kerja lain.

Sebagai seorang ibu untuk anak-anak perempuan supaya rajin dengan kerja-kerja dirumah kenalah buat jadual supaya anak-anak ini tidak bertolak-tolak dan berdalih-dalih sebab penat asyik membebel dan mereka semua dah besar-besar tak suka maknya pot pet pot pet.

Di bawah ini di berikan cara-cara nak buat roti jala yang paling simple dan mudah

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
sedikit minyak
sedikit perwarna kuning
sedikit garam

Kisar bahan-bahan di atas dan bolehlah menjala.

Monday 8 April 2013


Sebagai seorang suri rumah kadang-kadang berfikir cara untuk menambahkan pendapatan terutamanya bila anak-anak dah besar, macam-macam permintaan mereka. Mungkin tak semua permintaan mereka kita turuti tapi kadang-kadang naluri seorang ibu tak sampai hati nak menghampakan permintaan si anak. Alhamdulillah terjumpa seorang kawan lama yang mengajar cara-cara buat bisnes cara dropship. Nantikan fan page saya tak lama lagi yang akan menjual jubah dan abaya dari timur tengah, semuanya dalam proses.....tunggu.

Friday 5 April 2013

Assalamualaikum semua, dipagi Sabtu yang indah ini terasa kebesaran Allah swt yang menciptakan setiap sesuatu sesuai dengan fungsi dan peranannya. Terasa segar dan nyaman cuaca hari ini melihat kebesaran Allah swt dengan pohon-pohon dan bunga-bunga yang indah terasa kekerdilan dengan kebesaran Allah swt.

Hari ini saya nak berkongsikan cara-cara untuk menambahkan fan page pada blog, youtube, twitter dan facebook. Ini sesuai untuk mereka yang nak menambahkan kenalan terutamanya untuk meluaskan perniagaan. Saya pun baru cuba-cuba dan hasilkan memuaskan terutamanya rakan di fan page facebook.Ini adalah link bagi sesiapa yang berminat untuk menambahkan fan page. http://youlikehits.com/?x=513956

Thursday 28 March 2013


Resepi puding telur ini di ambil dari blog Nani Rustam, memang sedap dan mudah. Dulu cuba juga buat tapi tak pernah jadi. Alhamdulillah kali ini puding kegemaran anak lelakiku Abu Hurairah menjadi dan dengan sekali hidang saja habis licin dimakan oleh anak-anakku. Sekarang ini anak-anak perempuan ku pandai dah buat puding telur. Lega mama tak payah nak beli sebab mahal sangat satu slice aje dah RM 2.00 lagi pulak bukan cukup satu slice aje dan puding ni tak mengenyangkan.


Cara menyediakan Puding Telur

* sebelum menyediakan bahan-bahan panaskan kukus

Gula hangus
Panaskan 2 sudu gula di atas loyang pastikan gula bertukar menjadi warna kekuningan
Panaskan dengan api sederhana supaya tak hangus sbb pahit
Biarkan sejuk

Bahan-bahannya
8 biji telur - dipukul satu minit (pukul secara sederhana jgn sampai berbuih)
masukkan 1 tin susu pekat      ( susu pekat F&N sedap digunakan)
masukkan 1 tin air
masukkan 1 sudu esen vanilla
Pukul kesemua bahan selama 5 minit (pukul secara sederhana jgn sampai berbuih)

Tuangkan bahan-bahan diatas ke dalam gula hangus
Kukus selama 15 - 20 minit - api sederhana

# Untuk mendapatkan hasil yg baik pukul bahan dgn menggunakan garpu


Monday 25 March 2013

"Cameron Highland Kami Datang Lagi"
Ini yang dikatakan sambil menyelam minum air selepas menghantar rombongan pengantin ke Ipoh sempat juga masa on the way balik kami naik ke Cameron Highland. Ini merupakan kali ketiga kami semua bercuti di situ. Setelah tiga kali pergi disitu baru kami tahu ada perkampungan orang Melayu disitu (Taman Sedia) yang menyediakan banyak homestay disitu, yang seronoknya disekeliling homestay (Rose cottage) yang kami duduk dikelilingi tanaman sayuran dan pokok strawberi.
Tempatnya terletak di Brincang dan masuk disebelah padang golf pada sesiapa yang nak pergi ke Cameron Highland jangan lupa singgah di Taman Sedia pasti akan mengalami percutian yang menyeronokkan.

Sunday 24 March 2013

Gambar terbaru sewaktu bercuti di Cameron Highland pada Mac 2013. Banyak perubahan yang berlaku pada anak-anak ku ini terutamanya Aisyah yang telah melakukan penghijrahan dalam dirinya.

Aisyah: 'Mama Aisyah nak pakai purdahlah'
Mama : 'Kalau Aisyah nak pakai purdah mestilah ikhlas kerana Allah swt dan mesti istikamah, mama tak nak
              Aisyah pakai purdah lepas tu buka balik'
Aisyah: ' InShaAllah, Aisyah dah bersedia untuk pakai purdah'
Mama : ' Alhamdulillah'

Gambar lama yang di update kadang-kadang seronok lihat wajah anak-anak ketika kecil...sekarang dah remaja lain pulak. Agaknya bila mereka dah dewasa bagaimana pula wajah-wajah mereka. Anak-anak kesayanganku ...Abu Hurairah, Aisyah dan Atiqah.

Tuesday 12 March 2013


Jubah remaja tanpa lengan dipakaikan dengan cardigan untuk si comel mama ....Aisyah Kamal

Wednesday 30 January 2013

6 PESANAN UNTUK KAUM WANITA

Ada 6 pesanan yang perlu kaum wanita amalkan dalam kehidupan supaya dapat melahirkan generasi yang bertakwa dimana didalam rumah wujudnya suasana agama

1. SOLAT DI AWAL WAKTU DAN GALAKKAN MAHRAM UNTUK SOLAT               DIMANA AZAN DILAUNGKAN

Amalan yang paling afdal yang paling disukai oleh Allah swt ialah solah di awal waktu. Sebagai seorang wanita terutamanya surirumahtangga hendaklah sentiasa peka mengenai waktu solah supaya kita sentiasa bersedia untuk bersolah di awal waktu. Kerja-kerja harian didalam rumah hendaklah kita selesaikan sebelum waktu solah atau tinggalkan dahulu untuk bersiap sedia menyahut panggilan illahi. Wanita juga mestilah menggalakkan suami dan anak lelaki bersembahyang di surau atau di masjid kerana banyak kelebihan bagi orang yang bersembahyang berjemaah.

2. Mengadakan Majlis Taklim Taklum di dalam Rumah

Suasana belajar dan mengajar agama perlu diadakan didalam rumah supaya wujudnya kecintaan dalam agama. Hadis-hadis daripada Rasulullah saw dan firman-firman Allah swt hendaklah dibaca didalam rumah. Untuk mengadakan majlis taklim ini masa dan waktu yang sesuai hendaklah dipilih supaya semua ahli keluarga dapat berkumpul dan setiap ahli keluarga perlu mengambil bahagian dalam membacakan hadis dan firman-firman Allah swt. Majlis taklim ini perlu diadakan secara istikamah supaya dapat kesan kepada seluruh ahli keluarga kerana setiap hadis-hadis dan firman-firman Allah swt semuanya mempunyai nur yang akan masuk kedalam hati ahli keluarga.
Pastikan hadis-hadis yang dibaca adalah mengenai kelebihan sesuatu amal seperti kelebihan solah, zikir, baca alquran dan sebagainya supaya memberi kita keghairahan untuk ber amal.


Banyak kelebihan diadakan majlis taklim

i)  Para malaikat sentiasa mencari majlis-majlis yang mengingati Allah swt dan mereka akan datang bergerombolan untuk menghadiri majlis taklim

ii) Rumah-rumah yang diadakan majlis taklim rumah mereka akan bersinar seperti bintang dilangit bagaimana kita melihat bintang dilangit bersinar begitu juga penghuni langit melihat rumah yang diadakan majlis taklim

iii)Majlis sakinah dimana Allah swt akan menurunkan ketenangan didalam hati peserta majlis

iv) Majlis magfirah dimana majlis pengampunan disisi Allah swt

Dan banyak kelebihan lagi.....

3. Istikamah membaca Al Quran dan Zikir
Rumah yang tidak ada pembacaan Al Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong rumah yang ditinggalkan kosong penghuninya adalah jin dan syaitan. Pastikan rumah-rumah dihiasi dengan pembacaan Alquran sekurang-kurangnya khatam 2 kali setahun dan kalau sibuk sekalipun bacalah 10 ayat daripada Al Quran kerana takut digolongkan dari orang yang lalai.

Hendaklah istiqamah zikir selepas subuh dan selepas asar. Zikir yang dianjurkan 100x subhanaallah alhamdulillah lailaillaallah akhuakbar
100x selawat atas nabi 100x istiqhfar. Orang yang berzikir dia hidup disisi Allah swt orang yang tidak berzikir seperti mati disisi Allah swt lebih banyak berzikir lebih hampir kita kepada Allah swt.

4. Didik anak cara sunah Nabi saw

Didiklah anak-anak kita cara kehidupan nabi saw. Ajar anak-anak kita mengamalkan doa-doa masnun seperti doa makan, doa tidur, doa masuk tandas, doa naik kenderaan dan sebagainya. 

Didiklah mereka tentang kepentingan hidupkan sunah nabi bagaimana nabi makan, tidur dan sebagainya.

Ada tiga jenis sunah

Sirah   -  bagaimana perjalanan hidup nabi saw

Surah  -  Penampilan nabi saw

Sarirah- Fikir risau nabi saw bagaimana bayi yang terakhir pun dapat          
                mengucapkan kalimah syahadah.

5. Hidup secara sederhana

Kesederhanaan adalah cabang daripada iman. Hiduplah mengikut keperluan bukan kemampuan.
Apabila kita dapat menjalani hidup secara sederhana maka harta kita dapat digunakan untuk membantu ibubapa, bersedekah dan yang paling penting dapat menyimpan untuk keluar di jalan Allah swt.

6. Galakkan suami untuk keluar di jalan Allah swt

Empat sebab kenapa kita kena keluar dijalan Allah swt

1. Ini adalah perintah dari Allah swt
2. Ini merupakan sunah Rasulullah saw
3. Dapat bawa orang yang jauh dari agama kepada mentaati perintah
     Alllah swt dan dapat bawa orang yang tidak ada kalimah kepada 
     kalimah Lailaaillallah
4. Dapat mengislahkan diri dimana dapat memperbaiki diri kita dimana 
     dengan keluar dijalan Allah dapat istikamah amalan-amalan seperti 
     solah di masjid, zikir, belajar cara hidupkan sunah dan sebagainya.

Dari Sayyidina Abu 'Abs ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda sesiapa kedua-dua kakinya terkena debu dijalan Allah swt maka Allah swt akan mengharamkan kedua-duanya daripada api neraka.

Dari Sayyidina Usman bin 'Affan ra berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda sehari di jalan Allah swt adalah lebih baik daripada seribu hari yang lain.

Dari Sayyidina Anas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda Sepagi atau sepetang di jalan Allah swt adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya.





Monday 28 January 2013


Anak-anak sering bertanya 'mama bila nak pergi lagi Cameron Highland'. Insyaallah jika ada masa dan kelapangan memang destinasi inilah yang kami sekeluarga pergi cuma cari masa dan waktu yang sesuai.

Keadaan yang sesak waktu cuti sekolah menyebabkan kami memilih tarikh yg sesuai supaya tidak mengalami dan terperangkap didalam suasana yang menyesakkan.

CAMERON HIGHLAND DESTINASI PERCUTIAN YANG MENDAMAIKAN

Gambar-gambar di Cameron Highland

Sunday 27 January 2013

Gambar didalam ladang teh di Cameron Highland semasa bercuti disitu pada hujung 2011. Keseronakan terpancar di air muka anak-anakku kerana dapat melihat permandangan yang indah dan merasai suasana yang nyaman disitu.
Ini adalah sorang-sorang anak lelaki didalam keluargaku. Abu Hurairah nama yang kami berikan diambil sempena nama sahabat Nabi saw yang masyur Abu Hurairah seorang perawi hadith. Nama pilihan ini berserta dengan doa supaya anak ku ini dapat menjadi seorang alim yang bertakwa. Banyak cabaran untuk membesar anak lelaki sekarang ini selain dari menuntut kesabaran yang tinggi cara mendidik jugak perlu seiring dengan zaman yang mencabar ini. Ingatan yang kuat dalam menghafal ayat-ayat Al Quran tapi sayang hanya 6 juzuk sahaja tarikan duniawi menyebabkan anak ku ini berhenti dari pembelajarannya. Doa dan harapan tak pernah putus dari mama dan abah sentiasa mendoakan supaya anak ku ini kembali dalam suasana madrasah.

DOA DAN HARAPAN UNTUK ANAKKU ABU HURAIRAH

Friday 25 January 2013

Gambar anak-anak dara ku yang mempunyai kerenah dan karakter masing-masing. Alhamdulillah kehidupan mereka tak seperti anak-anak sekarang, membersar dengan kehidupan madrasah.

Tuesday 22 January 2013

Ini adalah salah seekor kucing kesayangan kami sekeluarga, anak bujang ku yang seorang ini memberikan nama Messi, terbawa-bawa dengan kegilaan terhadap bola sepak sehinggakan kucing pun dinamakan dengan nama pemain bolasepak. Messi ni kami sekeluarga mengelarkannya jantan budiman kerana perangai yang sangat budiman selalu sahaja mendahulukan yang lain daripada dirinya bak kata pepatah orang putih 'Lady First'. Kami sekeluarga begitu menyayangi si Messi ini tapi umur si Messi ni tak panjang rasanya tak sampai 6 bulan kami membelanya dia pergi meninggalkan kami semua. Inilah kali pertama air mata kami gugur di sebabkan oleh seekor kucing. ......."Oh Messi kau tetap di hati kami".


Gambar-gambar tiga dari anak dara ku. Yang sulung Amira, Angah Alia dan Aisyah, masing-masing dengan cerita dan kerenah tersendiri.

Inilah gambar si bongsu Atiqah....penghibur lara hati ku ini.

Hari ini punyalah excited nak pergi sekolah tak payah dikejutkan bangun sendiri semuanya gara-gara aktiviti kokorikulum.
'Mama hari ini Kah ada acara merentas desa, nanti mama jangan lupa siap kan bekal air dan makanan untuk Kah'., memang anak aku sorang excited sangat kalau ada acara melibatkan sukan tapi yang tak tahannya pulak 'Mama, Kah penat ini Kah tak nak pergi sekolah agama" ini yang buat mama marah. Akhirnya untuk memudahkan semua keadaan ......makan bersuap, tidurkan sekejap walaupun 15 minit, baju sekolah agama kena pakaikan asalkan dia mahu ke sekolah agama.

Wednesday 16 January 2013

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku menghasilkan blog yg tak seberapa ini selalunya asyiklah melihat blog orang lain. Terimakasih tak terhingga kepadan blog panduan membuat blog paling mudah dan pantas di atas tunjuk ajar yg diberi.


Hari ini satu hari melayan kerenah dan permintaan anak-anak. Pergi sekolah nak ambil sumbangan RM100.00 dari kerajaan tapi tak kesampaian jalan yang sesak menyebabkan aku tak sempat sampai kesekolah kerana  waktu persekolahan dah tamat. Kesian pulak dengan anak aku sibongsu ni, balik dari sekolah terus merenget.

'Mama kenapa tak datang sekolah ambil duit'

'Sorrylah mama dah datang tapi jalan sesak, sekolah pun dah habis waktu.

Alhamdulillah sibongsu ku faham.

Terus sibongsu ku panggil kucing...'Suria...Suria cepat nak makan tak'

Memang sifat pengasih pada kucing telah tersemai di jiwa anak ku sibongsu ni dari kecil lagi, sehinggakan pernah mukanya di tumbuhi kurap kucing akibat suka sangat cium kucing yang pantang nampak samada berada ditepi jalan atau dimana-mana sahaja. Puas juga menghalangnya tapi tak berjaya sehinggakan doktor yang merawatnya menasihatinya barulah nak didengar.

Sibongsu penghibur hati
Kadang kala mengada-ngada