Wednesday 30 January 2013

6 PESANAN UNTUK KAUM WANITA

Ada 6 pesanan yang perlu kaum wanita amalkan dalam kehidupan supaya dapat melahirkan generasi yang bertakwa dimana didalam rumah wujudnya suasana agama

1. SOLAT DI AWAL WAKTU DAN GALAKKAN MAHRAM UNTUK SOLAT               DIMANA AZAN DILAUNGKAN

Amalan yang paling afdal yang paling disukai oleh Allah swt ialah solah di awal waktu. Sebagai seorang wanita terutamanya surirumahtangga hendaklah sentiasa peka mengenai waktu solah supaya kita sentiasa bersedia untuk bersolah di awal waktu. Kerja-kerja harian didalam rumah hendaklah kita selesaikan sebelum waktu solah atau tinggalkan dahulu untuk bersiap sedia menyahut panggilan illahi. Wanita juga mestilah menggalakkan suami dan anak lelaki bersembahyang di surau atau di masjid kerana banyak kelebihan bagi orang yang bersembahyang berjemaah.

2. Mengadakan Majlis Taklim Taklum di dalam Rumah

Suasana belajar dan mengajar agama perlu diadakan didalam rumah supaya wujudnya kecintaan dalam agama. Hadis-hadis daripada Rasulullah saw dan firman-firman Allah swt hendaklah dibaca didalam rumah. Untuk mengadakan majlis taklim ini masa dan waktu yang sesuai hendaklah dipilih supaya semua ahli keluarga dapat berkumpul dan setiap ahli keluarga perlu mengambil bahagian dalam membacakan hadis dan firman-firman Allah swt. Majlis taklim ini perlu diadakan secara istikamah supaya dapat kesan kepada seluruh ahli keluarga kerana setiap hadis-hadis dan firman-firman Allah swt semuanya mempunyai nur yang akan masuk kedalam hati ahli keluarga.
Pastikan hadis-hadis yang dibaca adalah mengenai kelebihan sesuatu amal seperti kelebihan solah, zikir, baca alquran dan sebagainya supaya memberi kita keghairahan untuk ber amal.


Banyak kelebihan diadakan majlis taklim

i)  Para malaikat sentiasa mencari majlis-majlis yang mengingati Allah swt dan mereka akan datang bergerombolan untuk menghadiri majlis taklim

ii) Rumah-rumah yang diadakan majlis taklim rumah mereka akan bersinar seperti bintang dilangit bagaimana kita melihat bintang dilangit bersinar begitu juga penghuni langit melihat rumah yang diadakan majlis taklim

iii)Majlis sakinah dimana Allah swt akan menurunkan ketenangan didalam hati peserta majlis

iv) Majlis magfirah dimana majlis pengampunan disisi Allah swt

Dan banyak kelebihan lagi.....

3. Istikamah membaca Al Quran dan Zikir
Rumah yang tidak ada pembacaan Al Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong rumah yang ditinggalkan kosong penghuninya adalah jin dan syaitan. Pastikan rumah-rumah dihiasi dengan pembacaan Alquran sekurang-kurangnya khatam 2 kali setahun dan kalau sibuk sekalipun bacalah 10 ayat daripada Al Quran kerana takut digolongkan dari orang yang lalai.

Hendaklah istiqamah zikir selepas subuh dan selepas asar. Zikir yang dianjurkan 100x subhanaallah alhamdulillah lailaillaallah akhuakbar
100x selawat atas nabi 100x istiqhfar. Orang yang berzikir dia hidup disisi Allah swt orang yang tidak berzikir seperti mati disisi Allah swt lebih banyak berzikir lebih hampir kita kepada Allah swt.

4. Didik anak cara sunah Nabi saw

Didiklah anak-anak kita cara kehidupan nabi saw. Ajar anak-anak kita mengamalkan doa-doa masnun seperti doa makan, doa tidur, doa masuk tandas, doa naik kenderaan dan sebagainya. 

Didiklah mereka tentang kepentingan hidupkan sunah nabi bagaimana nabi makan, tidur dan sebagainya.

Ada tiga jenis sunah

Sirah   -  bagaimana perjalanan hidup nabi saw

Surah  -  Penampilan nabi saw

Sarirah- Fikir risau nabi saw bagaimana bayi yang terakhir pun dapat          
                mengucapkan kalimah syahadah.

5. Hidup secara sederhana

Kesederhanaan adalah cabang daripada iman. Hiduplah mengikut keperluan bukan kemampuan.
Apabila kita dapat menjalani hidup secara sederhana maka harta kita dapat digunakan untuk membantu ibubapa, bersedekah dan yang paling penting dapat menyimpan untuk keluar di jalan Allah swt.

6. Galakkan suami untuk keluar di jalan Allah swt

Empat sebab kenapa kita kena keluar dijalan Allah swt

1. Ini adalah perintah dari Allah swt
2. Ini merupakan sunah Rasulullah saw
3. Dapat bawa orang yang jauh dari agama kepada mentaati perintah
     Alllah swt dan dapat bawa orang yang tidak ada kalimah kepada 
     kalimah Lailaaillallah
4. Dapat mengislahkan diri dimana dapat memperbaiki diri kita dimana 
     dengan keluar dijalan Allah dapat istikamah amalan-amalan seperti 
     solah di masjid, zikir, belajar cara hidupkan sunah dan sebagainya.

Dari Sayyidina Abu 'Abs ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda sesiapa kedua-dua kakinya terkena debu dijalan Allah swt maka Allah swt akan mengharamkan kedua-duanya daripada api neraka.

Dari Sayyidina Usman bin 'Affan ra berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda sehari di jalan Allah swt adalah lebih baik daripada seribu hari yang lain.

Dari Sayyidina Anas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda Sepagi atau sepetang di jalan Allah swt adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya.





No comments:

Post a Comment