Wednesday 30 January 2013

6 PESANAN UNTUK KAUM WANITA

Ada 6 pesanan yang perlu kaum wanita amalkan dalam kehidupan supaya dapat melahirkan generasi yang bertakwa dimana didalam rumah wujudnya suasana agama

1. SOLAT DI AWAL WAKTU DAN GALAKKAN MAHRAM UNTUK SOLAT               DIMANA AZAN DILAUNGKAN

Amalan yang paling afdal yang paling disukai oleh Allah swt ialah solah di awal waktu. Sebagai seorang wanita terutamanya surirumahtangga hendaklah sentiasa peka mengenai waktu solah supaya kita sentiasa bersedia untuk bersolah di awal waktu. Kerja-kerja harian didalam rumah hendaklah kita selesaikan sebelum waktu solah atau tinggalkan dahulu untuk bersiap sedia menyahut panggilan illahi. Wanita juga mestilah menggalakkan suami dan anak lelaki bersembahyang di surau atau di masjid kerana banyak kelebihan bagi orang yang bersembahyang berjemaah.

2. Mengadakan Majlis Taklim Taklum di dalam Rumah

Suasana belajar dan mengajar agama perlu diadakan didalam rumah supaya wujudnya kecintaan dalam agama. Hadis-hadis daripada Rasulullah saw dan firman-firman Allah swt hendaklah dibaca didalam rumah. Untuk mengadakan majlis taklim ini masa dan waktu yang sesuai hendaklah dipilih supaya semua ahli keluarga dapat berkumpul dan setiap ahli keluarga perlu mengambil bahagian dalam membacakan hadis dan firman-firman Allah swt. Majlis taklim ini perlu diadakan secara istikamah supaya dapat kesan kepada seluruh ahli keluarga kerana setiap hadis-hadis dan firman-firman Allah swt semuanya mempunyai nur yang akan masuk kedalam hati ahli keluarga.
Pastikan hadis-hadis yang dibaca adalah mengenai kelebihan sesuatu amal seperti kelebihan solah, zikir, baca alquran dan sebagainya supaya memberi kita keghairahan untuk ber amal.


Banyak kelebihan diadakan majlis taklim

i)  Para malaikat sentiasa mencari majlis-majlis yang mengingati Allah swt dan mereka akan datang bergerombolan untuk menghadiri majlis taklim

ii) Rumah-rumah yang diadakan majlis taklim rumah mereka akan bersinar seperti bintang dilangit bagaimana kita melihat bintang dilangit bersinar begitu juga penghuni langit melihat rumah yang diadakan majlis taklim

iii)Majlis sakinah dimana Allah swt akan menurunkan ketenangan didalam hati peserta majlis

iv) Majlis magfirah dimana majlis pengampunan disisi Allah swt

Dan banyak kelebihan lagi.....

3. Istikamah membaca Al Quran dan Zikir
Rumah yang tidak ada pembacaan Al Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong rumah yang ditinggalkan kosong penghuninya adalah jin dan syaitan. Pastikan rumah-rumah dihiasi dengan pembacaan Alquran sekurang-kurangnya khatam 2 kali setahun dan kalau sibuk sekalipun bacalah 10 ayat daripada Al Quran kerana takut digolongkan dari orang yang lalai.

Hendaklah istiqamah zikir selepas subuh dan selepas asar. Zikir yang dianjurkan 100x subhanaallah alhamdulillah lailaillaallah akhuakbar
100x selawat atas nabi 100x istiqhfar. Orang yang berzikir dia hidup disisi Allah swt orang yang tidak berzikir seperti mati disisi Allah swt lebih banyak berzikir lebih hampir kita kepada Allah swt.

4. Didik anak cara sunah Nabi saw

Didiklah anak-anak kita cara kehidupan nabi saw. Ajar anak-anak kita mengamalkan doa-doa masnun seperti doa makan, doa tidur, doa masuk tandas, doa naik kenderaan dan sebagainya. 

Didiklah mereka tentang kepentingan hidupkan sunah nabi bagaimana nabi makan, tidur dan sebagainya.

Ada tiga jenis sunah

Sirah   -  bagaimana perjalanan hidup nabi saw

Surah  -  Penampilan nabi saw

Sarirah- Fikir risau nabi saw bagaimana bayi yang terakhir pun dapat          
                mengucapkan kalimah syahadah.

5. Hidup secara sederhana

Kesederhanaan adalah cabang daripada iman. Hiduplah mengikut keperluan bukan kemampuan.
Apabila kita dapat menjalani hidup secara sederhana maka harta kita dapat digunakan untuk membantu ibubapa, bersedekah dan yang paling penting dapat menyimpan untuk keluar di jalan Allah swt.

6. Galakkan suami untuk keluar di jalan Allah swt

Empat sebab kenapa kita kena keluar dijalan Allah swt

1. Ini adalah perintah dari Allah swt
2. Ini merupakan sunah Rasulullah saw
3. Dapat bawa orang yang jauh dari agama kepada mentaati perintah
     Alllah swt dan dapat bawa orang yang tidak ada kalimah kepada 
     kalimah Lailaaillallah
4. Dapat mengislahkan diri dimana dapat memperbaiki diri kita dimana 
     dengan keluar dijalan Allah dapat istikamah amalan-amalan seperti 
     solah di masjid, zikir, belajar cara hidupkan sunah dan sebagainya.

Dari Sayyidina Abu 'Abs ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda sesiapa kedua-dua kakinya terkena debu dijalan Allah swt maka Allah swt akan mengharamkan kedua-duanya daripada api neraka.

Dari Sayyidina Usman bin 'Affan ra berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda sehari di jalan Allah swt adalah lebih baik daripada seribu hari yang lain.

Dari Sayyidina Anas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda Sepagi atau sepetang di jalan Allah swt adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya.





Monday 28 January 2013


Anak-anak sering bertanya 'mama bila nak pergi lagi Cameron Highland'. Insyaallah jika ada masa dan kelapangan memang destinasi inilah yang kami sekeluarga pergi cuma cari masa dan waktu yang sesuai.

Keadaan yang sesak waktu cuti sekolah menyebabkan kami memilih tarikh yg sesuai supaya tidak mengalami dan terperangkap didalam suasana yang menyesakkan.

CAMERON HIGHLAND DESTINASI PERCUTIAN YANG MENDAMAIKAN

Gambar-gambar di Cameron Highland

Sunday 27 January 2013

Gambar didalam ladang teh di Cameron Highland semasa bercuti disitu pada hujung 2011. Keseronakan terpancar di air muka anak-anakku kerana dapat melihat permandangan yang indah dan merasai suasana yang nyaman disitu.
Ini adalah sorang-sorang anak lelaki didalam keluargaku. Abu Hurairah nama yang kami berikan diambil sempena nama sahabat Nabi saw yang masyur Abu Hurairah seorang perawi hadith. Nama pilihan ini berserta dengan doa supaya anak ku ini dapat menjadi seorang alim yang bertakwa. Banyak cabaran untuk membesar anak lelaki sekarang ini selain dari menuntut kesabaran yang tinggi cara mendidik jugak perlu seiring dengan zaman yang mencabar ini. Ingatan yang kuat dalam menghafal ayat-ayat Al Quran tapi sayang hanya 6 juzuk sahaja tarikan duniawi menyebabkan anak ku ini berhenti dari pembelajarannya. Doa dan harapan tak pernah putus dari mama dan abah sentiasa mendoakan supaya anak ku ini kembali dalam suasana madrasah.

DOA DAN HARAPAN UNTUK ANAKKU ABU HURAIRAH

Friday 25 January 2013

Gambar anak-anak dara ku yang mempunyai kerenah dan karakter masing-masing. Alhamdulillah kehidupan mereka tak seperti anak-anak sekarang, membersar dengan kehidupan madrasah.

Tuesday 22 January 2013

Ini adalah salah seekor kucing kesayangan kami sekeluarga, anak bujang ku yang seorang ini memberikan nama Messi, terbawa-bawa dengan kegilaan terhadap bola sepak sehinggakan kucing pun dinamakan dengan nama pemain bolasepak. Messi ni kami sekeluarga mengelarkannya jantan budiman kerana perangai yang sangat budiman selalu sahaja mendahulukan yang lain daripada dirinya bak kata pepatah orang putih 'Lady First'. Kami sekeluarga begitu menyayangi si Messi ini tapi umur si Messi ni tak panjang rasanya tak sampai 6 bulan kami membelanya dia pergi meninggalkan kami semua. Inilah kali pertama air mata kami gugur di sebabkan oleh seekor kucing. ......."Oh Messi kau tetap di hati kami".


Gambar-gambar tiga dari anak dara ku. Yang sulung Amira, Angah Alia dan Aisyah, masing-masing dengan cerita dan kerenah tersendiri.

Inilah gambar si bongsu Atiqah....penghibur lara hati ku ini.

Hari ini punyalah excited nak pergi sekolah tak payah dikejutkan bangun sendiri semuanya gara-gara aktiviti kokorikulum.
'Mama hari ini Kah ada acara merentas desa, nanti mama jangan lupa siap kan bekal air dan makanan untuk Kah'., memang anak aku sorang excited sangat kalau ada acara melibatkan sukan tapi yang tak tahannya pulak 'Mama, Kah penat ini Kah tak nak pergi sekolah agama" ini yang buat mama marah. Akhirnya untuk memudahkan semua keadaan ......makan bersuap, tidurkan sekejap walaupun 15 minit, baju sekolah agama kena pakaikan asalkan dia mahu ke sekolah agama.

Wednesday 16 January 2013

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku menghasilkan blog yg tak seberapa ini selalunya asyiklah melihat blog orang lain. Terimakasih tak terhingga kepadan blog panduan membuat blog paling mudah dan pantas di atas tunjuk ajar yg diberi.


Hari ini satu hari melayan kerenah dan permintaan anak-anak. Pergi sekolah nak ambil sumbangan RM100.00 dari kerajaan tapi tak kesampaian jalan yang sesak menyebabkan aku tak sempat sampai kesekolah kerana  waktu persekolahan dah tamat. Kesian pulak dengan anak aku sibongsu ni, balik dari sekolah terus merenget.

'Mama kenapa tak datang sekolah ambil duit'

'Sorrylah mama dah datang tapi jalan sesak, sekolah pun dah habis waktu.

Alhamdulillah sibongsu ku faham.

Terus sibongsu ku panggil kucing...'Suria...Suria cepat nak makan tak'

Memang sifat pengasih pada kucing telah tersemai di jiwa anak ku sibongsu ni dari kecil lagi, sehinggakan pernah mukanya di tumbuhi kurap kucing akibat suka sangat cium kucing yang pantang nampak samada berada ditepi jalan atau dimana-mana sahaja. Puas juga menghalangnya tapi tak berjaya sehinggakan doktor yang merawatnya menasihatinya barulah nak didengar.

Sibongsu penghibur hati
Kadang kala mengada-ngada